Antara model hp yang paling baik setakat ini ialah N96 yang mempunyai fungsi penambahbaikan kepada model sebelumnya N95. Dengan saiz skrin 2.8 inci, dan berkapasiti dalaman yang ditingkat kan kepada 16GB dan menyokong memori kad. Masih mengekalkan lensa Carl Zeiss 5.0Mp untuk pengambaran yang mantap dan jelas. N96 juga menyokong fungsi GPS, AGPS, dan DVB-H. N96 memiliki penetapan fungsi yang terdapat pada earphone. Port kabel USB dan butang kawalan yang memberi banyak kesenangan kepada penguna sewaktu membuka sesuatu aplikasi. |
|
|
Pelik tapi benar, itulah rekaan Sony Ericsson yang menyediakan hp 3G tanpa fungsi kamera digital. M600i yang mempunyai kemudahan e-mel dan berupaya menyimpan dan mengambil maklumat daripada internet dengan selamat. Hp ini menggunakan sistem oerasi Symbian OS 9.1 dan platform UIQ 3.0 yang membolehkan anda menambah sebarang program aplikasi lain yang lebih praktikal ke dalam hp anda. Terdapat kelemahan fungsi hp ini yang tidak mempunyai kamera dan bunyi yang agak lemah sewaktu memainkan muzik. Kelebihan hp ini adalah kelajuan sambungan internet yang bergerak pantas.
|
|
K850i satu model yang direka khas untuk penggambaran. Model flagship siri Cyber-Shot. Rekaan luarnya juga menarik dan mempunyai senjata termahal iaitu lensa 5MP di mana CMOSnya merupakan penetapan tertinggi. Gandingan dengan fungsi penggambaran yang sempurna dapat dilakukan dalam semua jenis keadaan. Sebagai hp kelas flagship, fungsi hiburannya juga agak begitu menonjol. HP ini amat sesuai bagi pengguna yang gemar mengambil gambar kerana mempunyai kualiti dan hasil yang begitu mengujakan setiap penggunanya. |
|
iPod Touch mengabungkan skrin besar 3.5 inci, kawalan sentuh yang pelbagai, sense direction dan pelayaran web dengan WIFI merupakan revolusi dalam produk siri iPOD. Mempunyai dua storan iaitu 8GB dan 16GB. ia juga menyediakan fungsi serentak jadual kerja yang terdapat pada komputer peribadi anda. Selain itu, dua format penyemakan masa sedunia dan kalkulator yang praktikal turut disediakan untuk pengguna. Ketebalan item ini hanya 8mm dan digandingkan dengan penutup kerangka cermin buatan logam. Youtube sama dengan iPhone yang mempunyai fungsi aturcara format H264 khas untuk Apple. |
|
|
Wi-Fi,VoIP dari NOKIA 6300i |
|
Satu lagi keluaran handphone keluaran Nokia yang juga merupakan 'kroni' dalam keluarga Nokia ini. Satu keluaran yang dinaik taraf daripada model Nokia 6300. Nokia 6300i Fungsi 6300i dan 6300 hampir sama dengan menyokong 2.0Megapixel kamera dan menyokong peningkatan kad memori MicroSD. Perbezaan yang ketara dari segi kedua-dua model ini ialah penyediaan set WLAN dan menyokong teknologi UMA yang membolehkan handphone ini melakukan pertukaran yang baik antara web WLAN dan web bergerak. Walaupun menyokong 2.0Megapixel, jenis model ini masih tidak membekalkan flash kepada fungsi kameranya.
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>
|
| Results 13 - 18 of 39 |