|
Satu lagi PDA yang "meletup" dengan kehangatannya dipasaran adalah model HTC TYTN II. PDA in9i mempunyai ciri-ciri yang begitu menarik dengan menanmpung kehendak komunikasi anda seperti Wi-Fi, touch skrin 2.8 inch TFT, Keyboard QWERTY, 3 Megapixel camera with auto focus dan GPS internal. Menggunakan perisian Windows Mobile 6.0 Pro. Skrin PDA ini agak luas dan memuaskan tetapi masih lagi tidak dapat menandingi kehebatan Nokia N95. Namun begitu fungsi dalaman pada PDA ini lebih mantap untuk kepuasan pengguna. Ciri-ciri yang lain bagi model ini ialah mempunyai 8 butang fungsu bagi Navi dan kelebihan skrin yang boleh ditegakkan sehingga 120 darjah |
|
|
Tahukah anda Nokia N81 8GB adalah salah satu gabungan kuasa Symbian 9.2 OS dan keupayaan baru platform N-gage? Ianya direka sesuai untuk golongan remaja yang meminati games , muzik dan hiburan. Mempunyai kamera 2megapixel bagi paparan gambar yang terbaik. Keluasan storan 8gb, mepunyai kemudahan fungsi Wi-Fi,N-gage selain kelebihan skrin yang besar dan lebih jelas. Model ini mempunyai saiz yang sama dengan Nokia 5700 XpressMusic atau Nokia Navigator tetapi model ini agak berat berbanding kedua-dua model tersebut. Bagi golongan remaja yang inginkan handphone yang mempunyai pelbagai ciri dari segi hiburan dan permainan, Nokia N81 8GB adalah handphone yang terbaik untuk digunakan. |
|
Kemas, tajam, kuat dan pintar itulah gambaran untuk RAZR2V9 terbaru ini. Ini adalah salah satu model evolusi handphone RAZR yang terkini. Handphone ini kelihatan lebih kepada handphone stylish yang lebih fokus kepada fungsi multimedia. Ia juga mengembangkan fungsi 3.5G HSDPA untuk kepantasan web browsing. Kepada yang pentingkan gaya dalam berkomunikasi RAZR V9 menjadi pemangkin dunia komunikasi terbaru anda. Rekabentuk model ini agak sama dengan model V9m dan yang membezakannya cuma warna pada bahagian kerangkanya sahaja. |
|
Nokia N95 8GB merupakan handphone yang di anggap terbaik didalam dunia handphone computer multimediapada abad ini. Dengan memiliki fungsi yang terbaik selain dari kamera 5 Megapixel Carl Zeiss optic, built in GPS, WLAN, HSDPA dan fungsi slide up innovatif yang membuatkan handphone ini lebih gah pada namanya. Fungsi dan gaya handphone ini kini menjadi sebutan dengan rekabentuk skrin yang lebih luas dan kelebihan memori dalaman 8GB, cukup mengujakan untuk memilikinya. Dengan kelengkapan ini tiada masalah lagi untuk anda menonton video, surfing internet, dan paparan map dan dapat meyimpan lebih banyak koleksi lagu anda. |
|
Handphone LG KU990 Viewty merupakan pakej baru yang menggunakan teknologi tinggi seperti kepantasan HSDPA 3.6Mbps, stereo Bluetooth dan kamera 5 Megapixel dengan auto focus. Handphone touch screen baru ini memberi peluang untuk anda berseronok dengan pelbagai fungsi tahap professional melalui handphone kemas dan elegan ini. Terdapat satu fungsi penting di dalam handphone ini yang akan menarik perhatian anda kerana terdapat fungsi muvee studio dan anda dapat menghasilkan satu studio foto yang dapat dimainkan secara random dengan muzik. Anda boleh memilih Classic, Forover, Moody dan Modern. |
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>
|
| Results 25 - 30 of 39 |